Sebanyak 72 kelas Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Kelantan menghasilkan roti jala Jalur Gemilang sepanjang 65 meter simbolik sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-65.
Idea untuk membuat roti jala bendera itu tercetus kerana ingin memberi kelainan kepada Sambutan Bulan Kebangsaan Kemas peringkat negeri yang diadakan di Taman Agropolitan Rantau Manis, Gua Musang.